Background

buih

Si Kacak & Si Cantik (My Followers)

Dashboard

Heartbeat

~ PLEASE TAKE NOTE BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA ~



Assalamualaikum w.b.t 
haii..sahabat2 semua..
cik sue nak say thank pada rakan2 blogger or silent readers ke , yang sudi baca entry cik sue yang x seberapa ni. terima kasih sangat2.

sebelum tu nak tanya jugak korang dah tido ke belom..Cik sue x ngantuk lg la. korang tau x cik sue dok taip dalam gelap..haha..

mata pun jadi besau , sepet, besau, sepet je ni  nak cari huruf pun  x jumpa 

cam dalam gambo diats ni la..besau kn mata (sumber google)


Tercari2 huruf  B , huruf G  tak pasai2 nak eja bangga  jadi bangang..adoi teruk..jammm teruih 

Cik sue nak kongsi  kat hampa semua jemput2 la baca ye .....entry ni panjang sikit ,sapa yang x gomar nak baca panjang2 sila tinggal kan blog ni sekarang :)


Ni cheq nak cerita pasai bahaya tidoq buka lampu ni.....ada sesetengah orang lepa suka tidoq buka lampu. 




anak-anak yang tidor dengan menyalakan lampu akan berisiko mengidap leukemia. OH NO!!! LEUKEMIA.. korang tau tak ape itu leukemia.? kalau sape yang tak tahu tu , meh sini nak bisik kat telinga. Secara ringkasnya " Leukemia (kanser darah) adalah sejenis penyakit kanser yang menyerang sel-sel darah putih yang diproduksi oleh sumsum tulang(bone marrow)" .Para ilmuan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan , dan lampu macam2 lagi lah ia dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh kita ni memerlukan bahan kimia ia  untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan " Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun".


Manakala, jumlah anak-anak yang menghidapi leukemia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun di diagnisis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal dunia.


Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.


Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser.


 Pada kenyataannya, orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk menghidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.


Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua ...... Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan... Wallahu'alam.


terima kasih atas kekonsetrasian anda membaca entry ini.. :)


notapoketseluaq : ingat ye tidur mesti tutup lampu :)



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

8 000 orang nk komen kat Cik Sue :):

amercorner.blogspot.com said...

nice ... lepas ni kena lah tidur tutup lampu .. tak kisahlah dalam keadaan takut ke berani .. haha :D thanks sharing ..

amer pun belum tidur ni :D

Nur Shuhada said...

@amercorner.blogspot.comhaha tau pun..kne tutup tutup lampu..klu x tutup bahaya :D

Mk Syahir said...

nice info sue...
err..mohon sue teman ceq kalau tidoq sorang2 ye..xD

Nur Shuhada said...

@Mk Syahiraik, hehe.mohon MK tidoq seorg diri..nampak sangat penakut :D

Selendang Merah said...

bgus info yg sngt berguna...owh ada kelemahan jugak rupenya tidur buka lmpu nie yew..thank..:)

Nur Shuhada said...

@Selendang Merahha tau xpa..hehe,most welcome :D

Fiza Suhaimi said...

Tak tahu plak selama ni kalau tidur bukak lampu boleh dapat penyakit leukemia.. fiza memang habit tidur bukak lampu.. takut.. kuikui.. btw thanks for the sharing kak shu.. ^_^v

Shellya... Kami Gembira... said...

terima kasih share.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Cik Sue.blogspot.com