Background

buih

Si Kacak & Si Cantik (My Followers)

Dashboard

Heartbeat

~ MENU TENGAHARI YANG OHSEM ~

Assalamualaikum w.b.t.
haii sahabat2 blogger sekalian & for silent readers semoga anda berada dalam keadaan sihat disamping orang tersayang..

actually cik sue just nak share resepi masakan je pun .sebelum2 ni ada jugak buat entry share resepi. kalau nak tengok resepi ape sila TERJAH SINI  & KLIK SINI.
menu lunch cik sue arini x da la OHSEM sangat, saje je nak bagi gempak :p

ok berbalik kepada tajuk diatas. bangun tido pagi2 td my mum dh request suruh cik sue masak arini..

ayat die bunyi cam ni 
*dialog antara si anak & maknye

my mum : kakak.....(nada pangil manja)
cik sue : ye mak 
my mum : mai sini sat
cik sue : ok , i'm coming 
my mum : kak masak arini boleh dak, mak x sihat la
cik sue : orait ,no problem mak. tp nak masak ape hari ni
my mum : kak masak tomyam dengan pajeri nenas
cik sue : tomyam wau!!... pajeri nenas???? 
my mum : boleh dak ni
cik sue : boleh2..tp pajeri nenas tu x tau .. 
my mum : t mak ajaq la ish bertuah betoi 
cik sue : hehe :)

cik sue pun dengan perasaan berkobar-kobar nak masak ni. selalunye jadi assistant mak je kt dapur. just tolong potong bahan2 nak masak & tolong kacau .hehe

alhamdulillah cik sue dapat siapkan menu tengahari ni dengan mantop.. cheywah.. mantop la sangat kn. tang pajeri tu tanya mak 2,3,4, 8,10 kali. Actually setakat tomyam tu dh biasa buat x da la kekok sangat,,ni pajeri nenas plak adoi. orang tua2 suka sangat makan pajeri nenas tu..ye dok makcik melah ...hehe

korang penah makan tak pajeri nenas.. ??? sedap ooo 

ok kat bawah ni cik sue sertakan dua resepi tomyam ala cik sue & pajeri nenas
~bajet nak jadi chef wan letuww :)

RESEPI TOMYAM ala CIK SUE (hehe)


ni la tomyam nye ..sila jelez sekarang :p


Bahan-bahannya :

* 1/4 ayam (daging, sotong or udang boleh je nak bubuh tp  ikut citarasa sendiri)
( kalau rasa nak bubuh semua silakan, ciksue bubuh ayam je sbb selongkar peti, ayam je yang ada kt dalam peti ais tu ) hehe
* Perencah Tomyam
* 4 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 1 ketul saiz kecil halia 
* serai 2 batang diketuk
*sayur-sayuran (ikut citarasa sendiri)
(cik sue boh tomato,daun saderi, daun bawang yg besar tu, cendawan hitam, carrot, bunga jagung)  
~ cik sue kalau boleh semua sayur nak bubuh sebab saya suka sayur
*air 
*cili padi 10 biji ( kalau nak pedas tambah sendiri )
*daun limau purut 3 @ 4 helai
*garam
*serbuk perasa @ pati ayam


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam periuk ,
2. Bila dah panas masukkan bawang putih, bawang besar , halia & serai yang ditumbuk 
3. Kemudian apabila sudah garing masukkan air (agak2 je jgn sampai penuh periuk)
4. Seterusnya masukkan ayam tadi, Perencah Tomyam, cili padi & daun limau purut
5. Biar sebentar dalam 10 minit ke baru bubuh sayur yang keras2 dahulu
 (contoh sayur keras : carrot , bunga jagung & lin2 lah)
6. biar sampai mendidih ,sayur dah empuk korang boleh la rasa tomyam tu sama ada perlu
  ke tambah garam & pati ayam tu..kalau perlu sila tambahkan.
7.Seterusnya masukkan kesemua sayur yang selebihnya ke dalam periuk. tunggu sampai mendidih
8. akhirnya sedia dihidang :)


RESEPI PAJERI NENAS 


ni la pajeri nenas tu,OHsem :D

Bahan-bahannya :

*1 biji nenas (potong bulat2 comei)
* 1 peket kecik udang kering (beli je kt kedai runcit) 
*santan
*rempah kari ayam
* kerisik
* bawang besar, bawang putih & halia (ditumbuk lumat)
*garam
*pati ayam 
*air

Cara-caranya :

1. Masukkan minyak ke dalam periuk & panaskan minyak tersebut
2. Apabila minyak mula panas masukkan bawang & the geng yang di tumbuk lumat tadi tu sehinggah garing
3. kemudian masukkan rempah kari ayam & kerisik ( rempah ayam & kerisik tu korang bubuh dlm bekas asing bubuh sedikit air kacau bagi die x ketul2) 
4. kacau dan kacau lagi sampai pecah minyak..masukkan udang kering & kacau lagi.. 
5. then masukkan nenas.. bubuh air sikit je..kacau2
6.After that, dah agak garing cam nak kering tu korang masukkan la santan kepala kelapa
7. then kacau2 sikit . tunggu sampai mendidih
8. ok dah siap boleh hidang :)


* pajeri nenas ni seeloknya masam malam ke, keesokkan pagi time lunch korang bawu makan, lagi sedap sebenarnye. dia peram lama lagi sedap. kuah pajeri ni pun jgn la korang buang kalau x basi lagi, kuah dia boleh makan cicah roti gardenia .sedapp ooo. :)


*baru cik sue tahu yang pajeri x da la sesusah mana.,:)
 itu sahaja next time cik sue share resepi lain ye. selamat mencuba .kih3. :)


notapoketseluaq: cik sue bukan tere sangat bab masak ni, harap kalau ada otai2 yang pandai masak bca blog ciksue sila komen. komen anda sangat memerlukan untuk saya memantopkan skill masak saya. cheywah :)


p/s : teringat nenek ciksue cakap, orang perempuan kalau belajar tinggi mana pun, akan kena masuk dapur jugak, kalau tak reti masak rugi la :)


k .peace yo!!!


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Cik Sue.blogspot.com