Background

buih

Si Kacak & Si Cantik (My Followers)

Dashboard

Heartbeat

JANDA 18 TAHUN (SERIUS LAWAK)


Amat yang sudah 3 tahun menduda selepas kematian isterinya akhirnya teringin untuk beristeri dan meminta bantuan kawannya si Usin.

Kisah Lawak Janda 18 tahun . Ada seorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda .. hi .. setelah kematian isterinya. Pada satu hari, Amat yang sudah lama kesepian terfikir kenapalah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kengkawannya, manalah tau kengkawan ada calon yang sesuai.

Usin, Kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yang sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 tahun. Beria-ria benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.


Gambar hiasan


"Nak ke dia kat aku yang dah tua ni, Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 tahun, rupa pun hensem lagi pa!" kata Usin membodek Amat.
"Tapi... kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ??" Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wanga RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayang saat-saat indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah, tiba la masa yang dinanti-nanti oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh mengoda. Amat mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ria menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun.

" Usinnnnnnnnnnn !!!!!! " jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jerita Amat. " Kau tipu aku Sinnnnnn !!!! " jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

" Tipu apa plak ??? " tanya Usin bingung.

" Kau kata 18 tahun !!! " balas Amat

" La... bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun.. tapi dia dah menjanda 18 tahun !!! "

" Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu !!!!! "


* Haahahhahaha kan dah terkena nagn si Usin. Ini la jadinya kalau tip-tip mencari jodoh secara islamik tidak dipraktikkan. Islam mengajar seseorang lelaki untuk melihat dan merisik secara ringkas bakal isterinya terlebih dahulu kalau tidak kenal. Bukan hanya selamba dan semborono je menikahi orang yang kita tak tahu latar belakang dan peribadinya. Perkahwinan itu kan ibadah dan bukan perkara main-main atau hanya untuk melempias nafsu sahaja. It is mora than that. Perkahwinan yang berkat bukan sahaja memberi kebahagiaan di dunia tetapi juga akan membawa kita ke syurga kelak. InsyaAllah . Wallahualam.


Credit to : Melayukini.net

Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

10 000 orang nk komen kat Cik Sue :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Cik Sue.blogspot.com