Background

buih

Si Kacak & Si Cantik (My Followers)

Dashboard

Heartbeat

" KISAH ULAMAK DAN PRAMUGARI CUN "

Assalamualaikum w.b.t

haii sahabat2 blogger semua & silent readers , semoga anda semua berada dalam keadaan sihat disamping orang2 yang tersayang :)



Ini kisah seorang ulamak & pramugari cun.. sila baca & hayati..

Kisahnya bermula bergini ....


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil & sempit, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Takala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.


Pramugari : (dengan suara dikeraskan) Tuan tidak boleh membasuh kaki ke dalam tangki itu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak : (dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari????

Pramugari : (dengan sifat angkuh) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak : (dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari....



notapoketseluaq: Nampak lucu tapi ada manfaat .renung-remungkan dan selamat beramal :)
Kredit to : Dakwah Islami



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

~ Alahai Kasut ~


Assalamualaikum w.b.t
haii sahabat2 blogger semua & silent readers harap hampa semua sihat disanping orang2 tersayang ;)


sumber cikgoogle :D




Hari ni ciksue penat giler kua dari kul 10pgi  dengan mak, ayah and adik g teman ayah cop surat & g hantar surat terus kt pejabat  . cik sue x ambik port pun pasai surat2 semua tu..kiteorang jadi peneman yang setia ikut ayah je, at the sametime nak g usha-usha kasut . cik sue dok cari kasut bertutup. Then ayah nak singgah area Bagan nak pergi pejabat Veterinar Veteren Atm . So kat area tu ada la Batu kaki (RockWalk). jalan punya jalan saja cuci mata....

Lepas habis semua urusan pengcopan & penghantaran persuratan oleh my dad. Kami terus bergegas untuk meneruskan misi pencarian kasut Cinderella.(ada hati nak jadi cinderella) hehe :D


Penatt kot cari kasut 1 setengah seberang perai gua pusing beb, pening lalat, muntah hijau, mabuk lautan china selatan gua citer sama lu.. Gua tak tau la ape ke heyyyy nye dengan kaki gua ni, nak cari kasut pun susah 
comel sangat kaki sampai x jumpe 

asal jumpe kedai kasut je, gua terjah.semua gua  berkenan, ada yang gua dah tangkap cintan dengan kasut2 kat situ. tapi apa kan daya.... gua cakap sama lu saiz kasut tak der .kebanyakkan kedai kasut saiz paling kecik 36 .kaki gua kalau pakai saiz 37 pun bebenor longgar tahu.., memang boleh pakai tp gua rasa x selesa bila berjalan ,silap ari bulan gua kua pakai kasut, balik rumah kasut gua tak ada, gua rasa kuciwa nak nagis guling2 kat kedai kasut tadi.sampai ke ptg gua cari kasut. gua still bersabar. gua meneruskan lagi misi mencari kasut gua..

destinasi seterusnya gua singgah kedai kasut area komplex kailan kot..gua tengok ada 3 kedai kasut sahaja kat situ.kesemua kedai kasut gua terjah dengan rakus nya. Akhirnya gua terjah kedai yang terakhir gua lupa nama kedai kasut tu.. gua tenung, gua scan semua kasut2 dalam kedai tu. gua try. dan....seperti gua cakap kaki gua kecik la, gua memerlukan kasut saiz 35 tp kan..tapi ....kan2... dua kedai gua terjah nak tau pekerja kedai tu cakap ape kat gua ..em ;(

Pekerja kedai : saiz 35 tak ada la kak, selalu nye saiz 35 ni saiz kasut budak2.. 
dalam hati aku berkata : dah agak dah.. memang paling kecik saiz 36 je yang ada kat kedai tu.arhhh.. sabo je la. gua hanya mampu tersengeh bagai kerang busuk dihadapan pekerja kedai tersebut. 


Alhamdulillah gua ambk juga ada sepasang kasut ni x cantik mana pun , jenis flat shoes.tp simple , colour hitam tp masalahnye saiz 37.gua ambik jugak sebab gua tengok kasut tu macam kecik. gua tak tau macam mana gua boleh kata kasut tu kecik. gua rasa gua dah pening tengok kasut banyak sangat hari ni.
 tapi kan saiz 37. lantak la. tiada pilihan lain, gua tak larat dah nak terjah kedai lain .

Bila pakai je gua rasa longgar tp still blh jalan cuma takut tercabut je la. Time ronda2 cari kasut ayah gua x ikut, ayah gua die g usha kedai2 lain. gua pun terpaksa beli juga kasut saiz 37 disebabkan dalam hati gua berkata boleh jugak pakai,daripada x boleh, walaupun tengok saiz 37 :)

dalam perjalanan otw nak g parking kereta gua bertembung dengan ayah gua. lalu ayah gua suggest bubuh benda ape tah.. cam tampal kt belakang dalam kasut tu, kira cm x da la longgar sangat bila abang tukang kasut tu tampal benda tu.

ha sampai cam tu sekali.. kaki gua punya la seksa nak cari kasut..

" sampai umah adik laki gua tanya dah beli kasut ke.. dengan slumbernye ayah gua cakap beli dah, tapi kene adobephotoshop, modified dulu.. baru leh pakai elok..kah3 apakah yang ayah gua merepek ni..


kesimpulannya : gua sangat keletihan mencari kasut, gua lega dah beli kasut walaupun kene adobe & modified bak kata ayah gua. hehe . gua rasa gua kena tempah kot kasut..kah3 (macam la kaya raya nak tempah2 kan) 

nota kasut : payah2 sangat nak cari saiz tak ada ,nanti gua kene belajar buat kasut sendiri gamaknye. kan2 , hehe ;D



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

~ MENU TENGAHARI YANG OHSEM ~

Assalamualaikum w.b.t.
haii sahabat2 blogger sekalian & for silent readers semoga anda berada dalam keadaan sihat disamping orang tersayang..

actually cik sue just nak share resepi masakan je pun .sebelum2 ni ada jugak buat entry share resepi. kalau nak tengok resepi ape sila TERJAH SINI  & KLIK SINI.
menu lunch cik sue arini x da la OHSEM sangat, saje je nak bagi gempak :p

ok berbalik kepada tajuk diatas. bangun tido pagi2 td my mum dh request suruh cik sue masak arini..

ayat die bunyi cam ni 
*dialog antara si anak & maknye

my mum : kakak.....(nada pangil manja)
cik sue : ye mak 
my mum : mai sini sat
cik sue : ok , i'm coming 
my mum : kak masak arini boleh dak, mak x sihat la
cik sue : orait ,no problem mak. tp nak masak ape hari ni
my mum : kak masak tomyam dengan pajeri nenas
cik sue : tomyam wau!!... pajeri nenas???? 
my mum : boleh dak ni
cik sue : boleh2..tp pajeri nenas tu x tau .. 
my mum : t mak ajaq la ish bertuah betoi 
cik sue : hehe :)

cik sue pun dengan perasaan berkobar-kobar nak masak ni. selalunye jadi assistant mak je kt dapur. just tolong potong bahan2 nak masak & tolong kacau .hehe

alhamdulillah cik sue dapat siapkan menu tengahari ni dengan mantop.. cheywah.. mantop la sangat kn. tang pajeri tu tanya mak 2,3,4, 8,10 kali. Actually setakat tomyam tu dh biasa buat x da la kekok sangat,,ni pajeri nenas plak adoi. orang tua2 suka sangat makan pajeri nenas tu..ye dok makcik melah ...hehe

korang penah makan tak pajeri nenas.. ??? sedap ooo 

ok kat bawah ni cik sue sertakan dua resepi tomyam ala cik sue & pajeri nenas
~bajet nak jadi chef wan letuww :)

RESEPI TOMYAM ala CIK SUE (hehe)


ni la tomyam nye ..sila jelez sekarang :p


Bahan-bahannya :

* 1/4 ayam (daging, sotong or udang boleh je nak bubuh tp  ikut citarasa sendiri)
( kalau rasa nak bubuh semua silakan, ciksue bubuh ayam je sbb selongkar peti, ayam je yang ada kt dalam peti ais tu ) hehe
* Perencah Tomyam
* 4 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 1 ketul saiz kecil halia 
* serai 2 batang diketuk
*sayur-sayuran (ikut citarasa sendiri)
(cik sue boh tomato,daun saderi, daun bawang yg besar tu, cendawan hitam, carrot, bunga jagung)  
~ cik sue kalau boleh semua sayur nak bubuh sebab saya suka sayur
*air 
*cili padi 10 biji ( kalau nak pedas tambah sendiri )
*daun limau purut 3 @ 4 helai
*garam
*serbuk perasa @ pati ayam


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam periuk ,
2. Bila dah panas masukkan bawang putih, bawang besar , halia & serai yang ditumbuk 
3. Kemudian apabila sudah garing masukkan air (agak2 je jgn sampai penuh periuk)
4. Seterusnya masukkan ayam tadi, Perencah Tomyam, cili padi & daun limau purut
5. Biar sebentar dalam 10 minit ke baru bubuh sayur yang keras2 dahulu
 (contoh sayur keras : carrot , bunga jagung & lin2 lah)
6. biar sampai mendidih ,sayur dah empuk korang boleh la rasa tomyam tu sama ada perlu
  ke tambah garam & pati ayam tu..kalau perlu sila tambahkan.
7.Seterusnya masukkan kesemua sayur yang selebihnya ke dalam periuk. tunggu sampai mendidih
8. akhirnya sedia dihidang :)


RESEPI PAJERI NENAS 


ni la pajeri nenas tu,OHsem :D

Bahan-bahannya :

*1 biji nenas (potong bulat2 comei)
* 1 peket kecik udang kering (beli je kt kedai runcit) 
*santan
*rempah kari ayam
* kerisik
* bawang besar, bawang putih & halia (ditumbuk lumat)
*garam
*pati ayam 
*air

Cara-caranya :

1. Masukkan minyak ke dalam periuk & panaskan minyak tersebut
2. Apabila minyak mula panas masukkan bawang & the geng yang di tumbuk lumat tadi tu sehinggah garing
3. kemudian masukkan rempah kari ayam & kerisik ( rempah ayam & kerisik tu korang bubuh dlm bekas asing bubuh sedikit air kacau bagi die x ketul2) 
4. kacau dan kacau lagi sampai pecah minyak..masukkan udang kering & kacau lagi.. 
5. then masukkan nenas.. bubuh air sikit je..kacau2
6.After that, dah agak garing cam nak kering tu korang masukkan la santan kepala kelapa
7. then kacau2 sikit . tunggu sampai mendidih
8. ok dah siap boleh hidang :)


* pajeri nenas ni seeloknya masam malam ke, keesokkan pagi time lunch korang bawu makan, lagi sedap sebenarnye. dia peram lama lagi sedap. kuah pajeri ni pun jgn la korang buang kalau x basi lagi, kuah dia boleh makan cicah roti gardenia .sedapp ooo. :)


*baru cik sue tahu yang pajeri x da la sesusah mana.,:)
 itu sahaja next time cik sue share resepi lain ye. selamat mencuba .kih3. :)


notapoketseluaq: cik sue bukan tere sangat bab masak ni, harap kalau ada otai2 yang pandai masak bca blog ciksue sila komen. komen anda sangat memerlukan untuk saya memantopkan skill masak saya. cheywah :)


p/s : teringat nenek ciksue cakap, orang perempuan kalau belajar tinggi mana pun, akan kena masuk dapur jugak, kalau tak reti masak rugi la :)


k .peace yo!!!


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

~ AKSI BAPA PALING SADIS DI DUNIA ~

Assalamualaikum w.b.t

hai sahabat2 blogger semua & silent readers .Cik sue harap semua berada dalam keadaan sihat disamping orang2 yang tersayang :)

anak die kat bawah tu. ape pesen ni ..????? aiyoyo..


Wahh...stedy je si bapa ni kepit anak die celah kaki..haha
tak tahulah nak cakap ape dah bila tengak gambo kt atas ni .. 
keliru & tergaru-garu gak kepala cik sue ni. Ada jugak ke bapak yang wat cam ni. pelik sangat aih 

Dia nak ambik gambar  guna kamera, maka dia kepit anak dia kat celah-celah kaki sambil berdiri.

*Mungkin niat si bapa ni wat cam tu dia tak mau anak dia lari kat tempat lain kot
* kalau tak pun si bapa ni nak ambik gambar ta boleh sebab anak dia buas sangat  kot, then die telah mengambil keputusan untuk 
 mengepit anak dia di celah kaki..haha

Nak kata si bapa ni zalim, rasanye dia bukannye sampai tahap mendera anak die.

Tapi tindakan si bapa ni agak sadis jugak kan..hehe

pelik2 toi, kot ye pun dukung le anak tu,hehe , cian plak cik sue tengok anak dia dok celah kangkang si bapa tu.

Jangan terperanjat la kn sekarang ni pun dah banyak sangat budaya pelik-pelik kat dunia ni 

ce hampa komen cikit :)



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

~ PLEASE TAKE NOTE BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA ~



Assalamualaikum w.b.t 
haii..sahabat2 semua..
cik sue nak say thank pada rakan2 blogger or silent readers ke , yang sudi baca entry cik sue yang x seberapa ni. terima kasih sangat2.

sebelum tu nak tanya jugak korang dah tido ke belom..Cik sue x ngantuk lg la. korang tau x cik sue dok taip dalam gelap..haha..

mata pun jadi besau , sepet, besau, sepet je ni  nak cari huruf pun  x jumpa 

cam dalam gambo diats ni la..besau kn mata (sumber google)


Tercari2 huruf  B , huruf G  tak pasai2 nak eja bangga  jadi bangang..adoi teruk..jammm teruih 

Cik sue nak kongsi  kat hampa semua jemput2 la baca ye .....entry ni panjang sikit ,sapa yang x gomar nak baca panjang2 sila tinggal kan blog ni sekarang :)


Ni cheq nak cerita pasai bahaya tidoq buka lampu ni.....ada sesetengah orang lepa suka tidoq buka lampu. 




anak-anak yang tidor dengan menyalakan lampu akan berisiko mengidap leukemia. OH NO!!! LEUKEMIA.. korang tau tak ape itu leukemia.? kalau sape yang tak tahu tu , meh sini nak bisik kat telinga. Secara ringkasnya " Leukemia (kanser darah) adalah sejenis penyakit kanser yang menyerang sel-sel darah putih yang diproduksi oleh sumsum tulang(bone marrow)" .Para ilmuan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan , dan lampu macam2 lagi lah ia dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh kita ni memerlukan bahan kimia ia  untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan " Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun".


Manakala, jumlah anak-anak yang menghidapi leukemia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun di diagnisis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal dunia.


Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.


Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser.


 Pada kenyataannya, orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk menghidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.


Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua ...... Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan... Wallahu'alam.


terima kasih atas kekonsetrasian anda membaca entry ini.. :)


notapoketseluaq : ingat ye tidur mesti tutup lampu :)



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK TERHADAP SUPERHERO :)

NI LA AKIBAT HARGA MINYAK(PETROL) DAH NAK  TERPAKSA TUMPANG ORANG LAIN :)
HAHA

nasib baik superman baik hati bagi batman tumpang :)
hehe



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

~ NATURAL BEAUTY CONTEST II - ABG STALKER ~

Salam
Haii & selamat malam kepada semua blogger2 semua.. harap anda semua berada dalam keadaan sihat disamping orang2 yang anda sayang.

Cik sue sekali lagi mengataikan diri untuk join Contest plak dah..kn!!...
saja dok blogwalking tudia tetiba terlihat, ternampak, terserempak contest Natural Beauty. Saja la nak try.
besa la Cik sue kan memang suka join benda2 cam g ni... 
actually daripada x mengupdate pape join benda2 cam g ni bagus jugak kan ..hehe

Contest ini datangnye dari seorang blogger iaitu ABANG STALKER .


sesiapa yang nak join Contest ni or nak tahu maklumat lanjut tentang contest ni >> SILA KLIK MANJA  <<

Di bawah ni merupakan syarat2 untuk menyertai Contest ni.

Syarat-syarat
1. Hanya gambar nampak muka dan berhijab SAHAJA.

(badan,kaki,tangan x payah) Lelaki muka je.
2. Terbuka semua BLOGGER lelaki dan perempuan duk dalam Malaysia SAHAJA.
3. DILARANG bergambar dengan mimik tak senonoh (keluarkan lidah atau gigit bibir.err..-.-)
4. Gambar TANPA MEKAP or pakai lens/spec.Wajib la muka asli dan TAK EDIT.

So disebabkan nak gambar x mau yg diedit & x mau gambar yang tanpa mekap, aku memang x pakai sgt mekap2 ni & segala lens or spec.tp gambo mcm ape lagi..huduh + comot.dah x mekap kan..hahaha..

tapi x pa lah,Cik sue dengan ini berhasrat untuk menggunakan gambar dibawah ,kebetulan ada gambar Cik sue ambik sebelum nak keluar pergi beli barang baru2 ni. time tu snap je depan cermin bilik mak..tp x tau la sesuai ke x.em kira halal la. lantak la ape nak jadi..


ha nah ambak kau >>> sila abaikan yang di belakang tu..
(anggap je belakang tu taman bunga)



Dengan ini Cik Sue tag mangsa2 yang bertuah :)

Bunga2 

extra tag kumbang 


p/s : EXPIRED DATE 26 JULY 2012


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

~SEGMEN SAYA NAK JOIN BLOGLIST KORN~

SALAM
Hai korang..korang dah lunch..?
tadi cik sue blogwalking kt blog BLOG BOLE BLAH.tetiba ada nampak satu Segmen dari brother KORN.. dah tu tunggu ape lagi..cik sue teruih taip ar..senang je nak join segmen ni..

ha yang kat atas ni,banner segmen ni 
sape2 nak join sila KLIK SINI


*notapoket : sapa nak join, cepat2 cikit, Cik sue tengok pun ramai giler join.sape cepat die dapat.sebab lebih 30 org akan ditapis dulu.:)


~ last date die 25 Mei 2012..



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

KENTAKI AYAM GORENG



Salam
haii saudala saudali chikibom , chikabom...
....hampa penah makan   KAKI   kenTAKI.. 
Cik sue lapo kenTAKI la plak..mengidam kot..


layan je la gambo bawah.... 

GILA KENTANG 

TISU LAP MULUT >>>Cekik darah toi....
tobat x mai dah


nota poket : entry cam x kne je..lantak la aku punya blog suka aty nak tulis ape..hehee :D
~tata..cheq nak masuk tdoq dh..selamat malam si comel & kacak semua :)
*nak mimpi mkn kenTAKI la .. :D

Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

~ GA MENARIK ~



ASSALAMUALAIKUM
hai korang..malam ni cik sue join GA lagi,,hampa jangan tanya sebab pa noh. Cik Sue memang suka join2 semua ni, saja suka2. menang kalah belakang kira. Actually ada orang tag nama blog cik sue orang nye >>>>Ojie's Official Blog( ha saja nak promote) kalau rajin singgah2 la blog Ojie ni ye :) kalau Ojie baca thank ye ojie sbb tag cik sue.hehe
cam tau2 je cik sue suka join benda2 camni..

ok now berbalik pada tajuk post diatas..ingin saya menyatakan bahawa GA ini anda patut menyertainya. sungguh weii hampa kene join..hadiah pun sempoi ...... 


ha ni la banner GA ni cute kan . tuan blog pun cute OOO... 
hampa x caya sila>>>KLIK MANJA <<< kat sini

hadiah sempoi... beb..cepat2 la join . rugi kalau x join..


This GIVEAWAY only valid for only 10 DAYS
starting from 22 MAY 2012 - 31 MAY 2012


~ Di Sebabkan hampa ni Ohsem Cik Sue tag mangsa yang bertuah ni  ~

mangsa Pertama : APAKAH ( MK Syahir ) hehe
mangsa Kedua : inilah ceritaku ( Bai Baizura) huhu
mangsa Keempat : Aiyn Raidah  hoho





Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

" RANDOM GIVEAWAY BY CIK FIE "

salam
hai ...selamat malam semua..dah tidoq dh ka..
Cik sue terpangil untuk menyertakan diri dalam satu GA oleh CIK FIE. sebab tadi cik fie komen dalam salah satu entry cik sue & dalam masa yang sama SI MATATAJAM pun sudah tag cik sue untuk join GA cik fie ni.. di sebabkan Cik fie sendiri menjemput cik sue & terima kasih Si matatajam tag cik sue.so dengan ini cik sue membuat keputusan utk join GA ini..yeh2... :)

ok ni banner GA CIK FIE >>>>

Sapa2 nak join sila >> TONYOH MANJA <<disini 





Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

KAD KAHWIN ONLINE

Assalamualaikum


haii korang..dah makan ke blom..?
cik sue x mkn la ari ni puasa ag lor..tgk mak masak kt adik2 bau kt dpur ya allah..haha..

ok berbalik kepada tajuk di atas.....ni hampa tau dak kt facebook ada ala yang lepa dok try2 app Perkerjaan anda yang terbaik , kereta yang sesuai untuk anda, Artis lelaki yang sesuai untuk anda n macam2 lagi la..td Cik sue saja gatai p klik tang Kad Kahwin Online. hampa tau dak result die pa dia...

SILA LIHAT BAWAH >>>>>>





see >>> aku sesuai kawin umur 19.. denggg (ayat MK Syahir) pinjam sat noh :)
cheq dah 21 dah oiiii, mai mana 19...haha..awai bebenor 19 tuh, kalau time umur di ats request kt mak nak kawin mau kne cop gatai , ish2 kalau kawin time ni rasa ramai dah kot anak cheq...hahahaha...
 adoi..geli perut , ..rasa nak gulin2 :D
gambo di ats ni pun,,hadoi...haha


nota poket : hampa nak kawin bila wei...hahaha.... (nampak sangat aku tak dak kerja)


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

" SEGMEN 24 JAM : BLOGLIST MISS Z "

HAII..
SELAMAT PAGI KUL 12.24 PAGI  DAH OITTT...
CIK SUE X TIDOQ AG..HAHA..
TADI DOK BLOGWALKING,JALAN SANA SINI, TERJAH, SERBU BLOG BLOGGER YANG LIN..TERJUMPA LA BLOG MISS Z . SO CIK SUE PUN APE LAGI TERUS MENAIP , OK KAT BAWAH NI BANNER SEGMEN TU..COMEL KN :)
SYARAT2 SEGMEN NI PUN SENANG JE..SO TUNGGU APE LAGI CEPAT2 JOIN..


SAPA NAK JOIN HAMPA >> TONYOH MANJA << KAT SINI TAU


PERHATIAN : SEGMEN NI TAMAT JAM 3.00 PETANG, 23 MEI 2012.




~ HAMPA JANGAN TANYA SEBAB APE TULISAN JADI caps locks ... 


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

ALHAMDULILLAH :)

Hai korang..

korang tau x hari ni hari ape???
hari ni 1 rejab.elok sgt kte berpuasa ... Alhamdulillah Cik sue dapat berpuasa hari ni,,suka sangat sbb mak n adik pun tumpang berpuasa sekali..hehe..
tp dri pagi tadi kua umah kul 9 sampai umah kul 1 p bank teman makteh Cik sue p bank.. terasa jugak kepanasan + letih. tapi alhamdulillah ana dapat bersabar, hehe.

Korang berbuka makan ape tadi? mesti menu best2 un.. Cik sue berbuka dengan nasi putih + gulai ikan + air teh O panas + buah mangga + kuih habuk2 . walaupun x sehebat mana menu berbuka. tetapi Cik sue bersyukur sangat sebab masih lagi diberikan kudrat & kesempatan oleh Allah  untuk berpuasa.Allahmdulillah.

ni ar kuih habuk2 tu,dah tingal separuh..hehe :D

mangga manis..adoi..x puas makan buah mangga tadi..sedap ooo :)



Cik sue share sikit pasai berpuasa di Bulan Rejab ni banyak kebaikannya :

i) Puasa 1 hari - Mendapat keredhaan yang besar dari Allah 

ii) Puasa 2 hari - Mendapat kemuliaan dari Allah

iii) Puasa 3 hari - Akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya di dunia, seksa diakhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan serta dajjal

iv) Puasa 7 hari - Ditutup 7 pintu neraka

v) Puasa 8 hari - Dibuka 8 pintu syurga

vii) Puasa 10 hari - Allah akan memakbulkan permintaannya 

viii) Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatan dengan kebaikan

viiii) Tambahan puasa menambah pahalanya

ix) Membaca surah al-ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih

x) Membaca al-quran

Bulan rejab pun dah menjelma..so jom la kita sama2 perbanyakkan amal ibadat ye.. semoga hidup kita selalu dirahmati & diberkati oleh Allah .. Insyaallah 

p/s : Anda Buat , Anda Dapat :)
~ selamat beribadat 


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

" AKIBAT 1 SPANA PERJALANAN PULANG TERGENDALA "

Hai korang semua,


Cik sue nak citer la sikit pengalaman yang rasanye memang tak blh lupa, memang jarang la jadi .Tapi tu la dugaan yang menimpa ada hikmah disebalik yang berlaku tu. Memang jadi sejarah ar. ok


cerita dia camni >>>>>>>


12 mei bawu2 ni hari sabtu , actually Cik sue and famly ada plan nak pergi kenduri kawin kat balah pulau area atas cikit dari batu maung kt Restoran Pen Mutiara . :) Rancang nak bertolak awal kul 12 cm tu ar. tp terpaksa pergi lewat ckit sbb pada hari yang sama mak Cik sue mengasuh anak orang. Cikgu tu hantar anak dia kat mak cik sue. kul 12.45 bawu cikgu tu mai ambk anak die.so kiteowg bertolak lewat lepas solat zohor. dalam perjalanan sebelum nak sampai tempat kenduri tu macam2 la dugaan..bila ingatkan balik lucu pun ada.


Hampir setengah jam perjalanan , baru nak mendaki Jambatan Pulau Pinang, time tu dah lepas bayar tol..time ayh byr tol sempat jugak usha abe2 encem kt tol..hahaha (nampak nau gatai)...lepas bayar tu besa ar jalan terus la kan, x kan nak berhenti tengah2 jalan tu,buang tabiat nama nya, mau kena maki dengan orang..Bila dah jalan tu x nampak lagi kt blah bawah tu laut, dengan tak semena-mena , kami 1 famly terdengar bunyi pelik kt bawah kereta. Makin lama , makin kuat.. Semua yang ada dalam kereta muka masing-masing dah cuak tahap gaban, Cik sue cuak sambil garu kepala. Bunyi apakah ??????? my dad terus drive ketepi jalan untuk stop the car.. Orang pertama yang turun kt tmpt kjadian and tengok apa dah jadi tu Cik sue ar... haha..
Cik sue pun dengan beraninye tengok rupa-rupanye................................. >>>>>>>>>jeng...jeng....jeng...



see >>> spana beb, tah macam mana boleh tertembus tayar kete

Bila dah tahu tayar kene tembus spana semua pakat turun kete masing2 wat muka terkejut.my dad and adik lelaki cik sue tolong tukaq tayar..kami yang lain2 dok la tepi tebing jambatan tu, dengan hujan lak time tu, rasa cam nak menari hindustan la plak ... tension toi..tapi still bersabar and berdoa hope selamat sampai ... Untuk pengetahuan korang tayar spare yang digantikan dengan tayar kne tembus spana tu pun Cik sue and mak tengok cam tak bape nak elok.. mana tak nye my dad sendiri pun lama x check tayar spare tu..memang kiteowg tawakal je la tukar jugak, alhamdulillah selamat sampai kat tempat kenduri...

Punya lama dok kat tempat kenduri tu , kira alhamdulillah la kenyang makan semua (bunci perut cik sue isi semua lauk pauk kt tmpt kndri tu), sempat jumpa saudara-mara dari melaka. then Cik sue and adik2 dah boring dok lame2..haha. kiteowg request kat mak ayh .. ayat die bunyi cam ni "makkkkk jom balik, lewat dah ni, kang restoran ni nak tutup" haha, padahal ramai lagi orang datang.. 

Atas permintaan kami adik beradik mak n ayh bersetuju untuk pulang.. (yey2)

tiba2 datang lagi dugaannnnnnnnnnnnnnnnnnnn ke-2.. baru je masuk susur kua jambatan nak balik seberang perai sekali lagi tayar buat hal...memang betoi firasat Cik sue & mak .bahawasanya tayar itu bermasalah... bunyi meletop plak, pommmmmm!!!! kecepokkkk, kecepekkkk........ tayar pecah der... ayah gua terus blur.. memikior dua2 tayar hancus....sekali dengan tayar spare inalillahiwainahirojiun......... dah tak boleh guna, mana nak cari tayar, agak nye cik sue kne terjun laut buat kuak kupu2 p pinjam tayar feri kot (feri ada tayar ke????) dah la kete stop betoi2 nk  masuk susur kua.. tepon plus lepa bukan leh mai htq tayar, lepa boleh htq kon je.x selesai jugak masalah..tp ok la jugak,daripada x dak kon bahaya sebab berhenti kereta tang laluan moto.kang jadi pape lagi susah...hampir 1 jam 30 minit , menunggu tepi jambatan tengok depan ada kereta, moto, lori and lain2 sampai muntah hijauuuu. Tengok bawah air laut.. kecut, kembang, kecut , kembang  perut gua cakap sama lu...... letih + tension + pening. 

Alhamdulillah ayh kol pakcik. Pukul 6.00 ptg pakcik(adik ayh) sampai dia tolong cari tayar . Thank pakcik sebab sudi tolong kami sekeluarga... syukur alhamdulillah sebab selamat sampai rumah walaupun letih .hehe. 

TAMAT


*ha layan la gambo2 time tunggu kt atas jambatan tu.. 

ni la tayar yang pecah tu.. malang tak berbau :O

Ni air laut bawah jambatan tu..kalau teregjut x tau la nak kata pa (masuk paper muka depan gamaknya)

tudia... adik cik sue dok wat muka kecian...
senyum paksa tu (padahal muka tension tahap gaban)
yang kat sebelah adik tu my mum, see dh x sanggup tengok kemera,    
takut hampa tekezut tu yg my mum usha kereta dok lalu ja.hehe (hai mak) :)

tang ni la betoi2 tanda B7 CH.0.8 kereta stop...



ha cam tu la citer die cik senah oittt.....
maap la ye panjang berjela cerita cheq ni
terima kasih atas kerajinan hampa yang sudi baca entry Cik sue yang tak seberapa ni. :)


p/s : hampa kalau nak p mana2, jauh or dekat check dulu kereta hampa noh..sat g jadi macam kes di atas.. senyum kambing la hampa kalu jadi cam tu :D


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

~ SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST "BLOGGER APAKAH" ~

haluuuuuuu...selamat petang..hari ni ari guru..korang dah wish ke belum kat cikgu2 korang..Cik sue dah..hehe

MK Syahir admin group BLOGGER APAKAH ? telah tag nama Cik sue..So untuk meramaikan segmen MK syahir ni terus Cik sue join la..lagi pun segmen die kacang goreng ja..hahahah :p
tak kene pun wat karangan STPM ...hehe

Syarat wajib : settle 
 * MK Syahir : Yang masukkan blog MK Syahir dalam  bloglist tu yang mana ek ??? 
    Cik sue dah letak kat bahagian LINK MENGELINK tu tau :)

sape2 nak join sila >>>>>TENYEH SINI


Cik Sue tag Mangsa yang Bertuah 

Mangsa Pertama : Angryyy Birdsss
Mangsa Ketiga : snf ada untukmu



~ PERINGATAN : TARIKH TAMAT 21 MEI 2012 


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

" BIODATA CONTEST BY NURRA "


Haii saudala , saudali  chikibom,chikabom......apa habaq semua..hope semua sihat di samping orang2 tersyg noh..
Hari ni Cik sue join contest dari tuan blog NURRA..Cik sue tertarik dengan contest ni ,actually dalam contest ni kne hasilkan biodata ..teringat la plak zaman sekolah dulu.. geng2 pempuan ni la..budak2 lelaki cik sue jarang jumpa,selalunya budak perempuan la..suka sangat tulis biodata kt buku t past2 kt kawan yang  lain suruh tulis biodata jugak, Cik sue pun besa dah buat benda alah ni.tulis kt buku kawan...opss...kantoi sudah ....haha.. dah macam pelangi 1 page kat buku tu, macam2  jenis colour pen nak tonyoh kat situ..haha....kunun nye paling lawa la, padahal tulisan cam cakar ayam, nak baca pun x nampak penuh pen dah jadi pelangi buku tu.. sapa baca mesti nak muntah....

eh banyak pulak aku membebel..ok la kt bawah ni >>>>> BIODATA Cik Sue.


Bismillahirohmanirohim..........

~ Nama diberi Nur Shuhada Binti Mohamad Shuhari. Nama glamor Sue. Nama yang member-member suka  panggil shu, kakak. Nama manja cikit lepa panggil kite adik. Sebab apa lepa panggil kita adik antara sebabnye kite kecik sangat & ada la lagi sebab2 yang lain :)
~ Kita dilahirkan kat atas muka bumi allah ni pada 28 Mac 1991. Kita asal penang, sebab kita lahir kat situ.
~Warganegara : Malaysia 
~ Umur kita dah mencecah 21 tahun (dah boleh mengundi)..kah3..
~Kita masih belajar lagi kat UITM, Merbok.
~kita ada 3 adik beradik..
~Apa lagi nak citer ni..emm... ha, kita x suka susu..that why , salah satu penyebabnye kot kita kecik..haha..
~Suka senyum + gelak (awek muda)
*tu je la, mana leh habaq banyak2 , lemak ar kn.......nak tau sila berkenalan la.:)


sekian ... THE END


Cik Nurra yang comel >>>> sapa nak join KLIK SINI NOH

Slogan Nurra :

~ Menutup aurat itu indah kerana ia merupakan sebuah kewajipan bagi semua muslim terutamanya wanita.Tubuh badan seseorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seseorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutunya. Aurat ni ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.



Cik sue tag 



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

" K-POP MAX - CINTA 247 (PARODY) LAWAK SIOT "

Hai selamat petang semua..cik sue boring la ptg2 ni, then ada 1 video..yg agk kelakau.hilang boring cik sue time ptg2 cam ni. Cik sue x tau nak update ape dah..just sja nk share kt hampa semua 1 video parody .ala2 k-pop g tu..sekali tgk macam ala-ala group super junior la plak.haha..memang tak boleh blah ar lepa ni ..lawak siot.geli gemenan pun ada .






Bila video parody terus teringat AmanWan, Mat Lutfi.& byk g ar..haha..Cik sue nak story mory cikit la pasai AmanWAn!!!!!!...kenal x.X kenal ???..Korang kenal x Aman Wan ni, xpa meh Cik sue nak story mory kt hampa noh.....Amanwan ni Vlogger yg terkenal dulu pernah meletop pasai sebuah parody pendek iklan tajuk die "Iklan Gangster" inspirasi filem KL Gangster arahan syamsul yusof memang sempoi n lucu parody yg amanwan buat tu...Korang perasan x AmanWan muka die ada la iras2 Aroon Aziz..kan2 !!, hehe
Vlog-vlog Amanwan ni pun kira setanding dengan Mat Lutfi & Anwar Hadi .kalau korang nak tahu Amanwan ni juga seorang pelukis komik amatur...hebak mung ni.... :)



...kelas kau AmanWan...
...sape2 nak kenal ni AMANWAN (OFFICIAL) FB ...
ni blog Aman wan KLIK SINI

Cik Sue suka sangat tgk video Vlogger dari amanwan ni..lucu kowt..


k .jemput la tengok video ni..
btw selebum nak tengok sila pause kan lagu dalam blog Cik sue ni ye ..
AmanWan pun ada menari-nari dalam video ni tp die nari sekejab je..haha. (cute)



kelakau ..hahahaha


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Cik Sue.blogspot.com