Background

buih

Si Kacak & Si Cantik (My Followers)

Dashboard

Heartbeat

Tanda-Tanda Hidup Diakhiri Dengan "Happy Ending"





selamat pagi dan selamat sejahtera ....
dah breakfast.????....Cik Sue dah,makan roti goreng celup telur je...sedap kot..eh tp kali ni Cik Sue bukan nak kongsi cerita pasal  roti celup telur..hehe..sebelum tu ce korang tgk tajuk yg kat atas tu..Tanda-Tanda Hidup Diakhiri Dengan "Happy Ending"..

Ohhh...ohh...so much for my happy ending...hehe dh macam seakan-akan tajuk lagu Avril Lavigne lak un yang tajuk die >MY HAPPY ENDING< ...huhu

Tapi Cik Sue bukan nak kongsi resepi roti celup tepung & bukan jugak nak melalak lagu Avril Lavigne tu...tapi nak kongsi la beberapa tanda2 hidup diakhiri dgn Happy Ending a.k.a Mati dalam Husnul Al-Khatimah..Ape yang Cik sue pnah dengar pasal mati Dalam Husn Khatimah ni kira meninggal dalam keadaan yang baik2,mati dalam keadaan mudah, mati x terseksa,ia mati dalam iman,mati semasa berbuat kebaikan,mati semasa patuh perintah allah,dan mendapat balasan syurga.inshaallah....Husnu maksudnya elok ,Khatimah maksudnya sudah..boleh dikatakan mati dalam keadaan elok la kn.....ok antara contoh2 mati dalam Husnul Khatimah ialah :


  • Mati Diakhiri dengan lafaz shahadah 
Dari Muaz r.a bersabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Sesiapa yang pada akhir kalimatnya  mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga..(Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)


  • Dahinya Berkeringat
Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata : "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda (maksudnya) : Mati seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Tarmizi, Ibn Majah dll)



  • Mati pada Hari Jumaat atau Malam Jumaat 
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud " Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pasti Allah swt menghindarkannya daripada seksa kubur." Riwayat Ahmad)



  • Mati dalam keadaan melakukan ibadah

Seperti mati ketika solat, puasa, ummrah, haji atau berjihat.



  • Pujian daripada orang Islam terhadap si mati..

  • Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anak 
Dari Ubadah bin Shamit r.a  bahawa Rasulullah saw menjeguk Abdullah bin rawahah dan berkata : "Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: tahukah kamu siapa syuhada dari umatku? mereka berkata: terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata : ( Jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya kesyurga)". (hadits shahih)



~ Bagaimana kita mengakhiri hayat kita adalah penting, tetapi jauh lebih penting lagi adakah kita semua sudah bersiap sedia menghadapinya? Tepuk Dada Tanya Iman :)





Sumber Solusi 29 (Mencipta Syurga Rumah Tangga)






Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

0 000 orang nk komen kat Cik Sue :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Cik Sue.blogspot.com