Background

buih

Si Kacak & Si Cantik (My Followers)

Dashboard

Heartbeat

"Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar"






hai..camat malam semua...eh jab pagi dah kot orang lin dah tidur Cik sue x leh tido ag.hehe..time ni baru la Cik Sue tergerak hati nak join contest dari Kamil Kahar ni..hehe..actually memang niat nak join dari 1st tengok kat blog Kamil Kahar ni..tapi contest nye kena wat karangan jenis autobiografi.haha..xda idea nak tulis ..dok usha blog Kamil Kahar ni bape kali dah.. tapi bwu ni ha jari Cik Sue rasa gatai nak menaip karangan..hehe..al maklum la dah lama tak buat karangan ni.dengan ketandusan idea plak kan.hehe..xpa la Cik sue nak join jugak ..tak minta menang pun tapi just nak test menulis karangan.tah la ape jadi nanti..tunggu dan lihat..ha sebelum cik sue nk menaip karangan Cik sue nak tunjuk beberapa bukti @ syarat yg dikenakan oleh tuan empunya blog...

1.Buat entry tajuk "Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar          (tajuk :done)

2.Letak banner contest & link kan ke entry ini            (done)


3.Tulis karangan "aku sebuah blog" tidak melebihi 350 patah perkataan. (done : dibahagian bawah)

4.Klik link Blogger Wanita & Pesta Buku PTS (done: dah klik)

5.Vote video Kamil Kahar (done:dah vote)

6.Bukti printscreen >>>

bukti saya dah vote .. :)

7.Like fanpage sponsor :
i. Like fb page EM SHOP (done: Like yang ke 37)


ii.Like fb page Rochele_Secret (done: Like yang ke 519)



8.Kamil suruh jawab soaln ini dengan jujur..
~ Apakah impian anda sebagai seorang blogger?
sejujurnya :
= Impian 1st sekali nak belaja lagi ilmu blog ni..byk yang x tahu ag..and nak blaja cantikkan blog..serious    
   blog sue simpan sangat...haha.(tengok blog adik2 kecik2 ag blog dieowg cantik sgt aih..kalah blog 
   sue.
= Impian ke 2, sue nak jadi blogger yang dapat menghasilkan penulisan yang superb,menarik @ orang   
   lin baca hasil penulisan kita pun lepa tak jemu..cheywah.....hehe
= nak jadi seorang blogger yang terkenal tu ada la jugak ..(berangan je la) 
= terakhir sekali kalau boleh nak tambah ramai lagi rakan2 blogger :)

Ok kat bawah ni la hasil karangannye..selamat membaca.. :)




Bismillahirrahmanirrahim...

"Tajuk: AKU SEBUAH BLOG"

Aku Sebuah Blog.

Aku diberi nama CSB aka Cik Sue Blogger.Aku ditubuhkan pada May 2009. Pada mulanya, tuan aku sangat gembira kerana dia berjaya menghasilkan sebuah blog iaitu aku. Ketika itu aku dihias oleh kawan tuan aku. Itu pun atas permintaan  tuan aku yang cute ni agar aku dicantikkan. Aku dipakaikan baju berwarna oren, Setelah itu tuan aku  menghias aku dengan meletakkan widget dan gambar-gambar.Teruja agaknya setelah berjaya menghasilkan blog. Kadang-kadang aku naik serabut tengok tuan aku ini suka sangat letak widget dan gambar banyak-banyak kat badan aku. Tapi tak kisahlah asalkan tuan aku "happy". Apa boleh buat aku kan sebuah blog ...

Tuan aku seakan-akan melupakan aku..hampir 4 bulan lebih tuan aku tidak menjengok aku.Sedih juga rasanya. Dia tinggalkan aku "very lonely" tanpa mengupdate entry baru. Teruk betoi kan?. Last entry tuan aku bertajuk "sedihnya". Elok sangat la tajuk last sedih, die tinggal aku pulak..Dengan aku sekali sedih..:(
Bila aku tanya dia dengan selamba dia jawab idea tak ada, kadang tak da mood la.macam-macam la alasan dia. Sedangkan aku nampak tuan aku punya syok dok online facebook setiap kali balik dari kelas. Betapa geramnya aku, mungkin ada benar firasat ku mengatakan aku akan dilupakan sampai bila-bila.(selamat tinggal dunia blog)

Usia aku sekarang genab 1 tahun. Pada 20 mac 2012 tuan aku mula giat semula aktiviti mengupdate blog. 
Sekarang tuan aku dah pandai serba sedikit menghias blog. Badan aku telah dihiasi dengan warna ungu. Tuan aku telah menjadikan aku lebih simple dan kemas, dulunya followers hanya ada 11 orang tapi sekarang berkat usaha tuan aku menerjah blog-blog yang lain alhamdulillah sekarang sudah mencecah 153 followers,walaupun tidak sebanyak mana tapi tuan aku sangat bersyukur .

Sekarang aku tidak kesepian lagi. Tuan aku sudah mula update macam-macam cerita.Tuan aku ni kalau  menulis dia ikut suka hati dia je, kadang-kadang update cerita sedih,  mood elok update cerita kelakar,kalau tuan aku rasa insaf dia mula update cerita bab2 keinsafan ni, nak tazkirah la tu. Sekarang aku tak kisah dah dengan tuan aku, sama ada dia selalu jenguk aku atau tidak, asalkan dia tidak tinggalkan aku langsung sudah la..hehe. Aku pasti dia akan megemaskini aku setiap minggu walaupun secara jujurnya, penulisan tuan aku ya allah tunggang-langgang, tidak sensasi langsung !!! Pendek kata - tidak menarik lah.


Kesimpulannya, aku juga boleh dikategorikan sebagai blog yang kurang ternama, trafik relax je macam itik pulang petang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaubagaimanapun, kasih sayang aku terhadap tuan aku yang cute ni tak akan pernah luntur. Baru ku tahu tuan aku sayang akan aku, aku ingat dia nak pergunakan aku hanya sebagai tempat meluah perasaan dan meninggalkan ku, rupanya salah anggapan ku.Aku sayang tuan aku sangat-sangat. Semasa aku bermonolog ni tuan aku tengah tido. Sebelum dia bangun baik aku cabut lari dulu..kang tak pasal-pasal tuan aku marah aku..hehe..

~ Tamat sudah ~


~ maaf karangan yang kurang gaya bahasa..tunggang langang.Rasanya lebih kot 350 words..haha...harap dapat baca and enjoy bila baca karangan 
Cik sue yang tak seberapa ni...hehe.. ~

sapa nak join contest ni sila Klik tulisan di atas :)

Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

3 000 orang nk komen kat Cik Sue :):

Kamil Kahar said...

hehe...thx sbb join...its ok...blog biar simple janji cute... :)

Nur Shuhada said...

hehe..welcome :)

nur_za said...

gud luck..mai bce sni..hee
ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/04/contest-aku-sebuah-blog-by-kamil-kahar.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Cik Sue.blogspot.com