Background

buih

Si Kacak & Si Cantik (My Followers)

Dashboard

Heartbeat

FAKTA YANG MENGEJUTKAN !!! HARUS SEMUA AMBIL JADIKAN IKTIBAR !!!!!





KISAH INI ANDA HARUS JADIKAN IA SEBAGAI IKTIBAR
BACA !!!! SANGAT PENTING !!!!!

SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP ...... ???? !!!!!



Korang mesti terfikir kan..sebab apa la penjara pudu tu ditutup...sebelum tu minta maaf cerita ni pnjg cikit so baca elok2.. 

ok cerita dia cam ni,,baca dan hayati...

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dahulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja ~

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipangil "BILIK TERAKHIR". Dibilik inilah seringkali berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup ~

Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia nya merupakan sebuah bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung ~

Di "BILIK TERAKHIR" inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi lah perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui 
oleh mereka ~

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi lah dari "BILIK TERAKHIR" tersebut~

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam , sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula ~

Ramai bomoh dan pawang yang dipangil bagi memulihkan bilik tersebut. dan mereka mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari "BILIK TERAKHIR" itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mereka mati ditali gantung ~

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "BILIK TERAKHIR" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01.00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut~

Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah "BILIK TERAKHIR" itu...

Lalu lesap begitu sahaja, Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu??
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "BILIK TERAKHIR" itu ~

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu itu telah bertukar menjadi pintu gua.

Mulanya ia berasa gementar, seram serta mengigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi...

Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati  banyak harta karun didalamnya.. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba...... hilang dari pandangan lalu 
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata ~

"Heyyyyyyyy manusiaaaa..... Jangan kau sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan  kauuu yang punyaaaaa"
"ahmad albab yang punyaaaaaaaaaaaaa" Hahahahahhaha ha " Yaaaaaaaaaaaaaa, Ahmad albab yang 
punyaaaaaa..."

♥ ~ Taniah kerana minat membaca ~ 


p/s : saya pun dah terkena..so saya kena kan anda pulak.. haha :p



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

TUTORIAL REGISTER HEARTBEAT





haii uolls..pa habaq sihat? ok ari ni Cik Sue nak share kt hampa semua serba sedikit tntang heartbeat and tutorial nk register skali k. Sebelum tu mesti ada yang dah tahu pasal Heartbeat ni kan. Pada sapa2 yang dah tahu tu ok ar, dan pada sesiapa yang belum tahu and yang dah tahu tapi x daftar memang rugi la cheq oiii... Kita  dah berblog ni apa kata dalam masa yang sama kita menjana pendapatan sampingan, tak kene duit pun,,dapat duit ag ada ar,hehe..Ok selain Heartbeat , kalau nak join klik SINI jab ag cik sue nak tunjuk tuto die , Nuffnang mmang ramai dah blogger lain tumpu, sekarang jom kita tambah pendapatan dengan menggunakan Heartbeat plak.hehe.

Klik SINI untuk mendaftar ye :)

1.Masuk ke laman HEARTBEAT. kemudian klik heartbeat.my. Lepas tu klik Create account.



2.Then korang daftar la akaun tu seperti biasa 



3.Kemudian lepas dah habis isi semua data , klik plak kat JOIN HB! Affiliate


4.lepas da klik tu scroll ke bawah & klik pulak word CLICK HERE


5. Kemudian kena la isi data nie dulu ..data2 ni * mengenai bagaimana cash out diterima * . Lepas dah siap isi semua sila klik SUBMIT k.


6. After that, korang akan jumpa page ni dan klik GET A CODE. kat sana korang boleh la pilih widget macam mana yang korang suka untuk letak banner iklan heartbeat tu..k :)



7. last sekali cara nak letak kod iklan semua tu..korang copy paste dulu code tadi dan letak dalam blog korang.. buat macam biasa..

pada sesiapa yang belum tahu ag ikut cara ni :

Dashboard > Design > Add Gadget > HTML Java Script.


8. Sekarang dah boleh la start BUAT DUIT DENGAN HEARTBEAT !!!. yey3 :D


apa lagi jom3..jangan tunggu lagi..


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

FIRST TIME NAIK ESCALATOR






video

haha .sangat lucu korang tengak la sendiri....
kecian kat orang tu..hehe
ha one more thing,sebelum nk tgk video tu sila pause kn lagu di bahagian bawah blog Cik sue yang colour pink tu..terima kasih :)





Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

Meaning >>>>> Lagu Adele





maksud sebenar..haha


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

"Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar"






hai..camat malam semua...eh jab pagi dah kot orang lin dah tidur Cik sue x leh tido ag.hehe..time ni baru la Cik Sue tergerak hati nak join contest dari Kamil Kahar ni..hehe..actually memang niat nak join dari 1st tengok kat blog Kamil Kahar ni..tapi contest nye kena wat karangan jenis autobiografi.haha..xda idea nak tulis ..dok usha blog Kamil Kahar ni bape kali dah.. tapi bwu ni ha jari Cik Sue rasa gatai nak menaip karangan..hehe..al maklum la dah lama tak buat karangan ni.dengan ketandusan idea plak kan.hehe..xpa la Cik sue nak join jugak ..tak minta menang pun tapi just nak test menulis karangan.tah la ape jadi nanti..tunggu dan lihat..ha sebelum cik sue nk menaip karangan Cik sue nak tunjuk beberapa bukti @ syarat yg dikenakan oleh tuan empunya blog...

1.Buat entry tajuk "Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar          (tajuk :done)

2.Letak banner contest & link kan ke entry ini            (done)


3.Tulis karangan "aku sebuah blog" tidak melebihi 350 patah perkataan. (done : dibahagian bawah)

4.Klik link Blogger Wanita & Pesta Buku PTS (done: dah klik)

5.Vote video Kamil Kahar (done:dah vote)

6.Bukti printscreen >>>

bukti saya dah vote .. :)

7.Like fanpage sponsor :
i. Like fb page EM SHOP (done: Like yang ke 37)


ii.Like fb page Rochele_Secret (done: Like yang ke 519)



8.Kamil suruh jawab soaln ini dengan jujur..
~ Apakah impian anda sebagai seorang blogger?
sejujurnya :
= Impian 1st sekali nak belaja lagi ilmu blog ni..byk yang x tahu ag..and nak blaja cantikkan blog..serious    
   blog sue simpan sangat...haha.(tengok blog adik2 kecik2 ag blog dieowg cantik sgt aih..kalah blog 
   sue.
= Impian ke 2, sue nak jadi blogger yang dapat menghasilkan penulisan yang superb,menarik @ orang   
   lin baca hasil penulisan kita pun lepa tak jemu..cheywah.....hehe
= nak jadi seorang blogger yang terkenal tu ada la jugak ..(berangan je la) 
= terakhir sekali kalau boleh nak tambah ramai lagi rakan2 blogger :)

Ok kat bawah ni la hasil karangannye..selamat membaca.. :)




Bismillahirrahmanirrahim...

"Tajuk: AKU SEBUAH BLOG"

Aku Sebuah Blog.

Aku diberi nama CSB aka Cik Sue Blogger.Aku ditubuhkan pada May 2009. Pada mulanya, tuan aku sangat gembira kerana dia berjaya menghasilkan sebuah blog iaitu aku. Ketika itu aku dihias oleh kawan tuan aku. Itu pun atas permintaan  tuan aku yang cute ni agar aku dicantikkan. Aku dipakaikan baju berwarna oren, Setelah itu tuan aku  menghias aku dengan meletakkan widget dan gambar-gambar.Teruja agaknya setelah berjaya menghasilkan blog. Kadang-kadang aku naik serabut tengok tuan aku ini suka sangat letak widget dan gambar banyak-banyak kat badan aku. Tapi tak kisahlah asalkan tuan aku "happy". Apa boleh buat aku kan sebuah blog ...

Tuan aku seakan-akan melupakan aku..hampir 4 bulan lebih tuan aku tidak menjengok aku.Sedih juga rasanya. Dia tinggalkan aku "very lonely" tanpa mengupdate entry baru. Teruk betoi kan?. Last entry tuan aku bertajuk "sedihnya". Elok sangat la tajuk last sedih, die tinggal aku pulak..Dengan aku sekali sedih..:(
Bila aku tanya dia dengan selamba dia jawab idea tak ada, kadang tak da mood la.macam-macam la alasan dia. Sedangkan aku nampak tuan aku punya syok dok online facebook setiap kali balik dari kelas. Betapa geramnya aku, mungkin ada benar firasat ku mengatakan aku akan dilupakan sampai bila-bila.(selamat tinggal dunia blog)

Usia aku sekarang genab 1 tahun. Pada 20 mac 2012 tuan aku mula giat semula aktiviti mengupdate blog. 
Sekarang tuan aku dah pandai serba sedikit menghias blog. Badan aku telah dihiasi dengan warna ungu. Tuan aku telah menjadikan aku lebih simple dan kemas, dulunya followers hanya ada 11 orang tapi sekarang berkat usaha tuan aku menerjah blog-blog yang lain alhamdulillah sekarang sudah mencecah 153 followers,walaupun tidak sebanyak mana tapi tuan aku sangat bersyukur .

Sekarang aku tidak kesepian lagi. Tuan aku sudah mula update macam-macam cerita.Tuan aku ni kalau  menulis dia ikut suka hati dia je, kadang-kadang update cerita sedih,  mood elok update cerita kelakar,kalau tuan aku rasa insaf dia mula update cerita bab2 keinsafan ni, nak tazkirah la tu. Sekarang aku tak kisah dah dengan tuan aku, sama ada dia selalu jenguk aku atau tidak, asalkan dia tidak tinggalkan aku langsung sudah la..hehe. Aku pasti dia akan megemaskini aku setiap minggu walaupun secara jujurnya, penulisan tuan aku ya allah tunggang-langgang, tidak sensasi langsung !!! Pendek kata - tidak menarik lah.


Kesimpulannya, aku juga boleh dikategorikan sebagai blog yang kurang ternama, trafik relax je macam itik pulang petang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaubagaimanapun, kasih sayang aku terhadap tuan aku yang cute ni tak akan pernah luntur. Baru ku tahu tuan aku sayang akan aku, aku ingat dia nak pergunakan aku hanya sebagai tempat meluah perasaan dan meninggalkan ku, rupanya salah anggapan ku.Aku sayang tuan aku sangat-sangat. Semasa aku bermonolog ni tuan aku tengah tido. Sebelum dia bangun baik aku cabut lari dulu..kang tak pasal-pasal tuan aku marah aku..hehe..

~ Tamat sudah ~


~ maaf karangan yang kurang gaya bahasa..tunggang langang.Rasanya lebih kot 350 words..haha...harap dapat baca and enjoy bila baca karangan 
Cik sue yang tak seberapa ni...hehe.. ~

sapa nak join contest ni sila Klik tulisan di atas :)

Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

Petua Tidur






hai selamat tengah hari semua..hari ni entry pasal petua tidur nak plak.Actually petua ni adalah sunnah Rasullullah saw..korang ingat simpan janguk,  nak tau petuanya..jom baca >>>

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan menjadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur selain cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas solat :

1. Sebelum & selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? contohnya Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X. Allahuakbar 34X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... Inshaallah amal dan sampaikan.

* Allah is always by our side,
   He is our shadow,
   and our guiding light.

~ Allah tak pernah lupa kita. Walaupun kita sering kali membelakangiNya

Astaghfirullah...



Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

" 1st Luck Draw ANNISA SCARF by Nancy Anisa "



haii camat pagi uolls..ari ni Cik Sue nk join luck draw by NANCY ANISA..

sapa nak join. >> Klik Sini 

sebelum tu..untuk pengetahuan korang 

"ANNISA SCARF,ialah label yang mementingkan kesopanan wanita sebagai seorang muslimah.ANNISA SCARF mengeluarkan custom-made shawls yang bersaiz besar agar dapat menutup aurat dengan sebaiknya jika digayakan dengan cara yang betul.Boleh ke page Big Shawl(Annisa Scarf) untuk memilih warna kesukaan anda.Buat masa ini,Annisa Scarf mempunyai 13 warna yang menarik untuk dipilih."



Cik Sue tag 




Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

NI BARU BETOL ...!!!!!!



 
Ni baru real IRON MAN ....hahahaha
comel pulak tgk iron man iron baju....hehehe ;)


Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

Segmen : Blogwalking + Follow by Hajar





ooohooo hoiii..Cik Sue join lagi segmen..tah nape gila join segmen ni...haha..
lantak ar..suka2 je..
segmen dari Cik HAJAR..jom join ramai2 

mari2 ibu2,bapa2,adik2,pakcik2..sepupu sepapat,smua la moh le serbu segmen Cik hajar ni..

PERHATIAN :-

EXPIRED DATE : 30 APRIL 2012, 6 p.m





Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

Segmen Aien Nak Review Blog Korang



haii uollss...
dh sarapan ke belum?Cik sue dh..ni ha Cik Sue skali ag join segmen dari tuan empunya blog yg bernama AIEN_AEN..actually ada owg tag Cik Sue untuk join segmen ni..so join je la..;)
Cik adik manis IEMA la yg tag Cik sue..kalu rajin singgah blog dia..cheywah promot lak nih..haha

kt bawah ni banner segmen tu >>>>


ok ..siapa2 yang nk join segmen ni..Klik je k..

Cik Sue Tag




Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

BAIKNYA TUHAN KITA



ALHAMDULILLAH
~ SESUNGGUHNYA BERSYUKURLAH MENJADI UMAT ISLAM ~

<< RENUNG - RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL >>





Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

♥ Tips Kecantikkan Zaman Sekarang ♥





haii semua si cantik dan si kacak ;)
dh x tahu nk tulis ape tapi tetiba je rasa nak share benda baik punya malam ni.....
about kecantikan...sebut kecantikan mesti girls je kan,but now kedua-duanye perlu take note..baik girls or boys...

Kite semua mesti nak cantik,nak sihat,xmau ada penyakit kan,bila xda penyakit kita pun dapat melakukan ibadat dengan sempurna.Cuba kita tgk zaman sekarang ramai sangat dapat penyakit2 kronik.so kene la ikut tips2 yang Cik sue nk share ni..

Tips :


             

1. Agar wajar selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. 

Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadat, solat, berzikir, dan berdoa.



2.Untuk menghilangkan stress,


perbanyakkan 'olahraga', hehe,lain macam je bunyikan ...Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu , Berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.



3.Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.


Tidak hanya di bidir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) - (HR Ahmad) - Doa tengok cermin.



4. Seterusnya, untuk mempunyai bibir yang cantik, 


bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.



5. Agar tubuh lansing, mulus, bagai cili..hehe

Dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s - selang satu hari. 

     
Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air suam.



6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan
    banyak dikenali dan disayangi.


Setakat itu sahaja Cik Sue leh kongsikan.. Cik Sue harap kita semua termasuk Cik sue dapat mengamalkan tips ini untuk kebaikan bersama..



~ ANDA BUAT, ANDA DAPAT ~





Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Cik Sue.blogspot.com