Background

buih

Si Kacak & Si Cantik (My Followers)

Dashboard

Heartbeat

Kesan Istighfar


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka."



Riwayat Abu Daud

Huraian :

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan rasul yang maksum @ dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kerana Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadanya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang & dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa @ lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit & ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.






Terima Kasih Kerana Sudi Baca! Kalau Suka Sila Like,Komen and Follow :)

0 000 orang nk komen kat Cik Sue :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Cik Sue.blogspot.com